Saturday, 17 December 2011

doa mohon kesembuhan daripada sakit


Ya Allah, anugerahkan lah ke atas kami, wahai Tuhan kami penawar kepada penawar Mu, dan kesembuhan daripada kesembuhan Mu, juga keberkatan daripada keberkatan Mu, juga rahmat daripada rahmat Mu, terhadap penderitaan-penderitaan terhadap orang yang sakit, juga mereka yang lemah. sembuhkan lah sembuhkan lah sembuhkan lah dengan rahmat Mu, Ya ALLAH wahai yang paling mengasihani daripada segala yang mengasihani.

amin ya rabbal alamin...




nota kaki :: dah 2 hari demam.. rasa lemah je lagi. :(

Thursday, 15 December 2011

dinner at Marriott Hotel Putrajaya

assalammualaikum kawan-kawan


ok berbalik pada n3 aku sebelum ni.. kan aku ada cita yang office aku buat dinner kan? dinner ni sebenarnya sempena Anugerah PJK Cemerlang. so dinner tu telah berlangsung dengan jayanya.. alhamdullillah. just aku sedih sebab galaxy tab tu bukan jadi milik aku.. oh sungguh tidak bertuah aku nampaknya.. :p hahaha

malam dinner tu temanya adalah smart casual dan mesti mengenakan warna yang telah ditetapkan oren + hitam. wajib menggabungan dua warna tu.. tema MSD la katakan.. bosan seh.. haha so gigih la kami-kami ni cari baju or something yang berwarna oren hitam.. akhirnya jumpa jugak la.. hentam jela janji ada bende nak pakai kan..

malam tu juga semua staff anggun2 dan kacak2 belaka la... sekali sekala buat dinner ni besh jugak.. dapat la mengeratkan silaturrahim antara staff kat office nie kan :) menu untuk dinner tu pulak adalah masakan cina. agak sedap jugak la.. yang agak kureng rasanya adalah nasi goreng . rasa macam tak boleh nak masuk tekak pulak. mungkin jugak masa tu tengah sakit kepala tu yang rasa kureng je tu... overall semua ok la.. lepas acara makan2 tu adalah acara unformal..time ni la yang besh, ada cabutan bertuah! tapi yang penting kat sini aku langsung tak bertuah.. sedih sangat weh.. aku baru berangan nak dapatkan tv.. huhu nasib tidak menyebelahi aku malam tu :(

erm, malam tu jugak ada disampaikan anugerah suka-suka.. haha.. part ni paling lawak main vote2 staff yang bekerja kat HQ ni.. dalam 12 kategori yang dipertandingkan dan aku telah memenangi anugerah "staff paling kecohh" hahaha.. asal la aku tak dapat yang paling cun ke.. best skit. tapi bila pikir2 balik layak kah aku?? verangan je boleh la.. :p erm yang paling super duper kelakarnya pulak disebabkan vote untuk nama aku paling banyak so secara automatiknya aku telah dianugerahkan pulak anugerah staff paling glammer.. sila muntah hijau semua sekarang.. Ya ALLAH, tak tahu nak kata apa.. memang lawak gila... tapi aku berterima kasih la kepada kawan2 yang sudi vote nama aku tu... dorang ni saja nak kene kan aku sebenarnya taw :p tapi tak pela.. nama pon anugerah suka suka kan.. tanpa korang aku tak akan jadi se"Glammer" ini.. hahaha verangan lagi aku.. dalam hati korang mesti berkata poyo giler minah nie. daaannnn untuk pertama kalinya aku telah menyumbangkan suara aku yang sangat merdu ini.. ok sekarang sila muntah pink pulak.. muahahaha.. adoi malu dan malu dan malu sesangat weh.... aku dipaksa rela nanyi.. kejam kan dorang? hehe (jangan marah ha) siap dorang dah pilih lagu untuk aku.. terima kasih :) nasib lagu tu memang lagu selalu aku nyanyi.. dengan perasaan malu malu tapi mahunya aku pon sumbangkan la suara aku yang memang sedia sumbang nie... hari pon dah lewat malam majlis dah habis so semua pon bersurai.. jumpa ditahun depan ok sekiranya ada lagi lah... sampai sini je la cite nya..


si cantik.. :p


sebahagian jelitawan MSD :))


muke bangga mentang2 dapat cabutan bertuah yang bertuah :p & die ni jugak la yang pilihkan lagu untuk aku nyanyi tu .. jahat! :p


acara selingan. dasyat wo dorang berjoget


kad menu


perh sedap nie.. (saja tunjuk tang kepala ikan je)


ayam nyummyy


udang nyum nyum


menu yang ni paling aku suka.. sedap sgt.. rasa macam xcukup je..



~tamat~



nota kaki : layan lagu kesal by ella <3

Wednesday, 14 December 2011

cobaan pertama


hai kawan-kawan

hari isnin baru2 ni aku dengan chik maa merangkap member aku yang aku sayang sangat2 tu alamak terlebih sudah.. :p terlebih rajin.. mentang2 Isnin tu cuti kan kami pon bercadang nak cuba try test nak buat makaroni bakar dan lasagna.. ekceli memang dah plan awal nak buat tapi tak bajet pulak betul2 nak buat.. biasa la agak takut2 juga nak buat ialah cobaan pertama kan.. so pagi tu chik maa ni mesej aku just nak comfirmkan jadi or tak nak buat.. aku pon on je.. so sementara tunggu chik maa sampai aku dengan kelam kabutnya mandi siap2 apa yang patut dan terus pergi ke pasar raya berhampiran untuk beli bahan-bahan yang perlu untuk buat 2 menu nie.. nasib la bahan2 nya agak mudah jugak nak cari..

fisrt, kita orang buat makaroni bakar, senang je.. bahan-bahannya pun agak simple.


makaroni direbus terlebih dahulu



telur



daging/ ayam cincang



bawang besar/ merah dab serbuk kari untuk dibuat pes



sayuran campur



keju parut



susu



cara-caranya pulak...

1. tumis bawang besar/merah tadi dengan marjerin. agak2 dah bau harum tu masukan daging cincang dan pes kari tadi.. tumis la sampai daging tu tak liat ok? then baru la masuk sayuran campur.



2. pukul telor sampai kembang



3. gaul sebatikan telur, susu, bahan tumis ke dalam bekas. tabur keju parut di atas permukaan makaroni tersebut. kemudian boleh bakar..

mudah kan???



tadaaa.. ni la hasilnya...




selamat mencuba :)))


p/s :: nanti aku cite pasai lasagna pulak ya.. tunggu~~~


nota kaki : alhamdulillah cubaan pertama yang menjadi.. lepas ni baru yakin nak buat lagi.. :)

Thursday, 8 December 2011

teka - teki

hai kawan-kawan

jom main teka-teki nak? ekceli office kat tempat aku kerja nak buat dinner sempena anugerah cemerlang PJK so kami di HQ ni pon join la sekaki.. dah dijemputkan pergi jela.. bak kata orang rezeki jangan ditolak musuh pula jangan dicari.. ye dok? hehe (padahal bab2 makan ni laju je aku) hehe..

so sempena nak ada dinner nie.. bos aku buat la teka-teki sikit.. eh , sebelum tu korang pernah tengok kan ade peraduan teka kacang dalam balang kan?? lebih kurang macam tu la bos aku buat tapi bos aku tukarkan kacang kepada makaroni.. yang best nya hadiah yang ditawarkan kepada pemenang yang dapat jawab dengan tepat atau hampir tepat adalah.. jeng jeng jeng bagi suspen sikit.. adalah.....


SAMSUNG GALAXY TAB 8.9.. macam ni la rupanya.. korang ada?? aku tak da.. hehe


hahaha tu yang print punya.. kalau nak tengok dengan jelas search je google image ok?


so ramai la yang datang nak menjawabnya.. yang lagi bestnya tak kisah berapa kali nak teka tak ada limit... teka la sampai lebam... perh... sapa la yang dapat jawab dengan tepat kan? adakah aku orangnya??? harap-harap la kan.. kalau ada rezeki adalah.. aku tak la berharap sangat.. just for fun je :) tapi kalau dah dapat tu kira untong la mak jemah.. :p sambil pejam mata dok bayangkan galaxy tab tu jadi milik aku.. wah bahagianya.. (berangan pulak mak jemah) heeheehehee

so kawan-kawan ku sekalian meh tolong aku teka berapa la agaknya bilangan makaroni dalam balang nie? hint nya.. anggaran bilangan dalam 1500 ke 3000 biji..



??????




nota kaki : milik siapakah samsung galaxy tab 8.9 itu?

Tuesday, 6 December 2011

TAHUKAH ANDA..


tahukah anda Doa duduk antara Sujud yang kita selalu baca semasa solat tu?




dan

tahukah anda apa maksudnya??

meh sini kite kongsi sama-sama apa maksud setiap ayat yang kite baca tu...


Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)

Warhamni (sayangi aku)

Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)

Warfa’nii (Angkatlah darjatku)

Warzuqnii (Berilah aku rezeki)

Wahdinii (Berilah aku petunjuk)

Wa’Aafinii (Sihatkan aku)

Wa’fuannii (Maafkan aku)


ok sekarang ni kita da tahu apa maksudnya, so harap lepas ni kita semua dapat la baca , sujud dan toma'ninah tu dengan betul barulah solat tu sempurna di mata ALLAH swt.. insy'ALLAH




nota kaki : Renung2 kan, selamat beramal.... :)

Monday, 5 December 2011

"Monday bluess"


Salam 9 muharram semua....


Korang puasa tak tadi? aku puasa.. eh perlu ke nak bagitahu kan? hehe tak kisah la saja nak berkongsi cerita je.. tak gitu kawan-kawan? so semua orang tahu hari ini adalah hari Isnin, dan hari Isnin jugak adalah hari pertama bekerja bagi sesiapa yang bekerja dan hari pertama juga pada pelajar-pelajar yang nak ke class setelah sabtu dan ahad cuti dengan puas dan pulasnya.. puas la sangat kan? kalau cuti seminggu keje dua hari je best jugak kan kan kan? sapa setuju? sila angkat jari ibu kaki anda.. :p just joke.. tapi yang peliknya aku tak pernah rasa semangat nak bekerja bila tibanya hari Isnin nie..bak kata orang "Monday bluesss" je rasanya.. buat kerja macam dipaksa padahal tak buat pun.. hehe sepatutnya hari pertama bekerja mesti la happy, gembira, ceria, semangat dan sebagainya lah tapi apa yang aku rasa sebaliknya.. aku rasa malas, tak semangat, tak ada mood, ah semua rasa ada weh...ermm aku rasa hari Isnin ni la hari yang sangat menguji tahap keteguhan hati manusia.. subahanallah... macam mana lah ALLAH tu nak bagi rezeki kat kite kan? dah semuanya malas sepatutnya kita kena kuatkan iman cekalkan hati buat kerja pun mesti la kena ikhlas baru la ALLAH sayang kita.. :)



nota kaki : aku dah megantuk tidoq dulu beb..nite!

Sunday, 4 December 2011

betapa aku rindu....


salam buat sahabat yang aku sayangai..


Terasa sepi seisi ruang.. lihat jam di dinding dah hampir pukul 3 pagi.... masuk bilik perlahan2 tutup pintu bilik terus rebahkan diri kat katil... mata ni dok terkedip-kedip je lelap nya tak pon.. tiba-tiba teringat memori lama bersama seorang sahabat yang pernah aku sayang, sehingga sampai detik ini .. hurmm terus laptop ni dibuka dan mula la jejari ni menari-nari kat key board.. tak tahu nak mula macam mana.. tapi yang sebenarnya aku benar-benar rindu akan dia..... dia seorang sahabat yang baik, perangai pun gile-gile macam aku dan sangat membahagiakanlah dapat kawan macam dia.. tapi lama kelamaan hubungan ni macam jauh jauh dan jauh, tak tahu apa puncanya....pernah jugakla sampai termimpi2 dibuatnya...terdetik juga dalam hati ni.. kawan aku ni ada masalah ke? yela kata orang kadang-kadang mimpi tu bagi kita pentanda kan? tapi aku harap sangat dia ok.. aku kekadang teringin nak tanya khabar tapi still tak tertanya-tanya... egokah aku?? aku harap dia sihat dan yang penting dia still ingat kat aku.. sepertimana aku teringat kat dia.. cewah.. aku doakan semoga pekenalan ini akan pulih dan kekal seperti sedia kala... miss u so much friend.... <3



p/s : gambar sekadar hiasan




nota kaki: layan lagu "kawan" by ruhil..

Saturday, 3 December 2011

may ALLAH bless you, adik!


salam semua..


hari ini 3 Disember 2011 bersamaan dengan hari Sabtu genap la usia adik aku 20 tahun.. yeay!! umur beliau dah cecah ke angka puluh-puluh tak ada belas-belas lagi ya... usah ko berangan nak sentiasa muda adik ... bluekk :p

So sempena hari lahir beliau ni.. (beliau la sangat) akak ko ni tak ada hadiah nak bagi.. akak just boleh bagi kasih sayang yang tak terhingga je untuk ko.. cewah.. disebabkan ko balik rumah minggu ni so aku masak kan special untuk ko..harap ko suka :p akak ko ni tahu walau ko kata tak sedap tak sedap tapi tahap ketambahan nasi tu aku dah tahu yang aku masak sedap kan kan kan? haha jangan tipu.. tipu dosa tuhan marah.. hehe

Nak tahu aku masak apa? tak la special and sesesedap mana tapi aku masak ni dengan penuh ikhlas so makanan tak sedap pon jadi sedap taw.. ok muntah semua sekarang, hehehe.... adoi melalut pulak aku.. ok la ekceli aku masak nasi tomato je..


tadaaaa.........


macam ni la lebih kurang rupanya...



~happy birthday adik ku yang domok~



nota kaki : akak sayang adik <3