Tuesday, 29 November 2011

aku tetap aku



aku tetap TERTAWA walau aku sebenarnya ingin MENANGIS..

aku tetap TERSENYUM walau aku sebenarnya KECEWA..

aku tetap KUAT walau aku sebenarnya SUDAH TIDAK SANGGUP lagi..

aku tetap SEMANGAT walau aku TERTEKAN dengan masalah..

aku tetap SUKA walau aku MENYAMPAH..

aku tetap CERIA walau hakikatnya hatiku ini sedang TERLUKA..

aku tetap SAYANG walau aku rasa ada sedikit BENCI....

aku tetap SABAR walau aku rasa aku xsabar mana pon...

aku tetap pandang semuanya baik walau sebenarnya hatiku LEMAH

dan yang penting

aku tetap aku...





nota kaki : segalanya ku terima.. :)

Saturday, 26 November 2011

my BFF wedding


hai pagi semua..

awal-awal pagi dah online aku ni.. selalunya time2 cuti ni lepas subuh aku tidoq balik tapi hari ni terasa segar pulak mata ni. tu yang terus wat senaman pagi iaitu dengan mencapai laptop dan menari-narikan jejari tembam ini ke key-board laptop ni, ber-online la sampai lebam na :p

ok meh nak cerita sabtu lepas bersamaan dengan 19.11.2011 ialah hari yang sangat bermakna untuk aku.. eh bukan aku la tapi untuk salah satu my BFF in da world Khairunnisa Yunus.. dengan 2 kali lafaz my bff dah jadi bini orang.. sob..sob... sedih nya aku dah tak tempat nak bermanja.. huhu.. cewah acah mak labu je.. sedih ekceli tapi dalam masa yang sama aku happy akhirnya mereka sah jadi suami isteri. aku pulak rasa macam tak percaya dah kahwin dah kawan aku sorang nie.. tahniah nisa & helmi.. selamat menjalani kehidupan sebagai isteri...

ni aku selitkan sikit gambar2 dorang.. moh layan~~


bahagian pertama (pic ni semua time nak akad nikah)



ni pix sebelum akad nikah.. posing2 dulu..



wat muke cute.. tp mesti tgh nebes mase nie kan? cewah



tudiaaa.. En. Helmi



muke cuak da.. hehe



yeay!! dah sah dah..... :p



harus la pic ai ngan pengantin ade kan? :p



bahagian kedua (time bersanding)



wajib posing2 dulu


cantik cun lawa .. aku suke sgt <3


segak bergaya mutu keunggulan hehe


nampak klasik kan?


tengok pelaminnya simple but nice taw.. aku suka lagi..


sejoli gitu...

p/s dari penaja : entry ni dah lama sebenarnya tersimpan kat draft,, just xterpublish2... now baru nak publishkan..SELAMAT PENGANTIN BARU, eh baru apa dah basi dah.. hehe... (jangan marah pengantin nanti muke cepat bekedut :p)



~tamat~




nota kaki : semoga kalian bahagia sampai bila-bila... <3

Thursday, 24 November 2011

alasan mu





kalau rasa tak ikhlas tak payah bagi tahu..




bukan nak serkap jarang tapi hati nie kuat mengatakan ia hanya sekadar alasan..






nota kaki : terima kasih :)

Lewat


hai semua..


erm.. agak kesepian melanda diri ini.. dan dilewat-lewat malam ni, tiba-tiba terfikir banyak benda yang belum aku lewati dalam kehidupan ini.. bulan berganti bulan hari pula bersilih ganti.. Ya Allah cepat benar masa berlalu... aku harap aku masih mampu untuk teruskan kehidupan di dunia ini supaya aku dapat bawa bekalan secukupnya ke akhirat satu hari kelak.. insyaALLAH... sesungguhnya aku ini manusia yang banyak melakukan kesilapan di muka bumi ALLAH ini... terasa kecilnya aku berbanding alam ciptaan MU ini.... (walau hakikatnya aku ni besaq) hehe


allahu akbar...



nota kaki : aku hanya cinta kepada MU.. Ya 4JJI

Wednesday, 23 November 2011

Go Malaysia Go!


salam semua..

rasa berdebar pulak.. malam ni ada bola Malaysia vs Syria ni sempena kelayakan ke olimpik if tak silap la.. .. harap-harap player malaysia dapat la jaringkan gol sebanyak yang boleh.. dan yang penting MESTI kene menang.... time sukan sea , Malaysia dah dapat pertahankan pingat Emas dorang.. perhhh sangat happy wo..... so harap malam ni pon dorang boleh menang.. cayok! cayok! MALAYSIA.. aku akan sentiasa sokong korang... muahhh.. haha (gatai)




nota kaki : gudluck harimau muda!!

Saturday, 5 November 2011

4JJI selamat kan kamu


hai kekawan

Today 5th November 2011 is the brithday of the cute friend in the world.. cewah....


tadaaaa....

~birthday girl~

meh nak nyanyi skit


ALLAH selamatkan kamu.........
ALLAH selamatkan kamu...............
ALLAH selamatkan farah norashikin.....
ALLAH selamatkan kamu...........................


Selamat Hari Lahir Ekin..
sweet 19.... (berangan)
kau dah tua.. hahaha
dah sama umur dengan aku... hehe
aku doakan semoga ko berjaya di dunia dan di akhirat kelak...
aku sayang kau... <3


abaikan muke yg comot itu




nota kaki : selamat menyambut aidiladha esok .....

Friday, 4 November 2011

perlukah menangis?






Pernahkah anda menangis?

Jika menangis, apakah punca dan sebabnya?


Menangis adalah fitrah manusia tetapi sebab tangisan akan memberikan harga dan nilai tersendiri.

Allah yang menciptakan ketawa dan tangis, malah menciptakan sebab tercetusnya tangisan.

Banyak air mata mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata, mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi.

Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering. Ia berlaku setiap hari
tanpa putus-putus. Seperti sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti! Kalaulah air mata itu terkepung, seperti air hujan, banjirlah dunia ini.

Menurut Ibnul Qayyim ada beberapa jenis tangisan antaranya ialah:

# Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.

# Menangis kerana rasa takut.

# Menangis kerana cinta.

# Menangis kerana gembira.

# Menangis kerana menghadapi penderitaan.

# Menangis kerana terlalu sedih.

# Menangis kerana terasa hina dan lemah.

# Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.

# Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.

# Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

Ada jenis tangisan nampak biasa sahaja tetapi air mata yang mengalir itu dapat memadamkan api neraka.

Ini disahkan oleh Nabi s.a.w dalam satu hadis, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka.

Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatu pun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”

Tangisan yang dimaksudkan ialah tangisan kerana takut kepada Allah. Menangis kerana menyesal atas kesalahan dan dosa, malah tangisan takut kepada azab Allah sangat bernilai di sisi-Nya sehingga air mata itu boleh memadamkan api neraka.

Salman al-Farisi r.a berkata, sahabat-sahabatku menangis atas tiga perkara, iaitu:

# Berpisah dengan Rasulullah dan kalangan sahabat.

# Ketakutan seorang yang perkasa ketika melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.

# Aku tidak tahu sama ada aku akan diperintahkan untuk ke syurga atau neraka.

Ada juga jenis air mata yang tidak bernilai di sisi Allah, malah kadangkala mendapat kemurkaan Allah. Antaranya menangis tengok filem Hindi serta menangis sehingga meratap dan memukul badan, malah merobek pakaian apabila ada kematian.

Tanda air mata rahmat sebagaimana diterangkan Rasulullah s.a.w dalam sabda yang bermaksud: “Jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah tiga perkara, iaitu.

# Apabila dahinya berpeluh.

# Air matanya berlinang.

# Hidungnya keluar cecair.

Simpanlah air mata tangisan itu semua sebagai bekalan untuk menginsafi segala kecuaian yang melanda diri, segala dosa berbentuk bintik hitam yang menggelapkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah s.w.t.

Justeru, serulah air mata itu dari persembunyiannya di sebalik kelopak mata, agar ia menitis, membasahi dan mencuci hati, sehingga ia putih kembali dan semoga ia dapat meleburkan dosa dan mendapat keampunan-Nya.



Wednesday, 2 November 2011

Kalau



kalau menebang kalau menebang si pohon jati... lalalala~~~ tapi bukan itu sebenarnya yang hendak disampaikan <<<< hanya sekadar iklan semata-mata . hehe~~



kalau la aku tahu....






TAPI





mungkin masih sempat ubah fikiran......




Ya ALLAH bantulah aku untuk membuat keputusan. aku tak mahu nampak gembira diluar tapi di dalam hati ni jawapan sebaliknya....





nota kaki : gigih memikir

Tuesday, 1 November 2011

tak suka!


aku tak suka!


tak suka!


tak suka!


dah aku kata aku tak suka!!


tolong jangan tanya benda yang aku tak suka nak jawab


dan korang sendiri boleh nampak jawapannya


jangan bagi mood yang baik ni berubah jadi tak baik


sebab aku tak suka keadaan yang macam nie..


ya ALLAH ampunkan aku.. sesungguhnya hari ini, aku tidak ikhlas memberi senyuman kepada semua, semua dan semua...



nota kaki : Ketabahan memerlukan keyakinan :)

Goodbye October and say hello to November


salam kekawan yang disayangi....


Time type n3 nie sempat mata aku ni melirik ke arah jam, aku tengok jarum jam hampir menunjukkan ke angka 12 tengah malam... kiranye dah nak masuk bulan November la kan? sambil menaip ni sambil dengor lagu percintaan ini by Ezad.. syahdu la lagu ni... layan perasaan jap.. lagi2 bunyi air hujan yang turun ke bumi lagi la syahdu rasanya... erm,, sejak menjak ni suka sangat nak layan perasaan.. lepas tu mula la nak sedih2.. eeee tak suka tak suka tak suka taw.... huhu

n3 kali ni bukan nak cite pasal perasaan tapi nak cite pasal bulan NOVEMBER.. hah ada apa pulak dengan bulan ni??? bulan ni adalah musim orang mengawan.. eh eh tak tak... hehe tibe2 rase nak nyanyi lagu ni.. kompang dipalu pengantin malu.. ewah.. ekceli musim perkahwinan la, musim orang kahwin la maknanya kan?? budak2 sekolah pon dah nak start cuti kan, so kencang la orang buat kenduri kahwin sana sini situ sinun.. untuk bulan nie je ramai gile member2 yang menjemput ke majlis dorang... nak dengan tak je pergi... terima kasih kat kawan2 yang sudi menjemput aku ya... <3

Okey dikesempatan ini, izinkan aku nak ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU in advance kepada sahabat2 yang akan mendirikan rumahtangga dan yang paling istimewa kepada dua sahabat baik aku, Nisa dan Liza... Selamat menempuh alam rumahtangga. Semoga dapat menjadi pasangan bahagia di dunia dan di akhirat serta dirahmati ALLAH selalu. Semoga mendapat zuriat yang soleh/solehah. Semoga semuanya baik2 lah.. :)

Kepada liza >>> aku minta maaf sebab tak dapat nak attend majlis kahwin ko... ko pon tahu sebab apa kan?? aku sedih beb T_T. mungkin tak de rezeki aku nak tengok ko time cantik2 tu.. hehe.. nanti aku post hadiah je ye... sorry again liza.. aku sayang kamoo.. <3








nota kaki : aku bile lagi?????