Monday, 29 August 2011

RAMADHAN terakhir .. SYAWAL menjelma..

hai kekawan semua.....


wah dari bace tajuk kat atas tu dah macam tajuk dalam cite kat tv3 tu je kan kan kan? alhamdulillah dah sebulan kite berpuasa.. rasa cepat je masa berlalu... tadi rasa sedih je dengor takbir raya.. tu tandanya apa kawan-kawan? esok dah nak raya..macam xpercaya je kan ? tp tu la hakikatnya ramadhan dah berakhir moga2 amalan dan ibadat kita diterima oleh ALLAH (isyaallah)...


ok bercerita pasai nak raya ni.. persiapan untuk raya rasanya semua da selesai.. lebih2 lagi baju raya, kasut raya, tudung raya, ahh semuanya baru la... tu la namanya perempuan semuanya nak baru.. pokai aku dibuatnya.. xpelakan bukannya selalu bak kata orang setahun sekali je... tu pon bukan untuk orang lain. untuk kepuasan diri kita jugak kan.. k habis cite pasai persiapan diri untuk raya.. ha yang ni lagi penting. "kuih raya".. minggu2 terakhir nak habis puasa ni sangat penat wokeh.. dok terkejar2 nak buat kuih mana nak shopping lagi.. tapi akhirnya semua siap dengan jayanya..ekceli sebenarnya kali ni byk kuih tunjuk je..hahaha (gelak jahat) xlarat la nak buat kuih.. balik keje da penat xsempat nak buat.. yang buat pon ada berapa jenis je.. tu pon terpaksa rela je buat. haha (dengor dek mak aku ni kecik hati plak) ok akak ikhlas buat mak.. hihihi <3 ok la kekawan da banyak sangat saya mengarut nie.. saya akhiri n3 kali ni dengan serangkap pantun.. eh pantun la sangat.. hehe.. nah terima la.. baca taw...


..berakhir sudah RAMADHAN...kini tiba pula SYAWAL... semoga ini bukan RAMADHAN terakhir ku... dan semoga RAMADHAN akan datang bakal dirai dengan lebih bererti... salam AIDILFITRI .semoga AIDILFITRI dirai dengan penuh keberkatan... amin~~



nota kaki : raya nnt jemput la my rumah ya =)

Monday, 22 August 2011

WANITA TIDAK MENUTUP AURAT SELALU GUNA 13 ALASAN INI…



Assalamualaikum, salam sejahtera sahabat ku sekalian,


ok n3 kali ni aku nak share dengan korang pasai satu artikel nie.. aku agak tertarik dengan artikel yang dikeluarkan oleh Ustaz Ramli Joned pada pada 10hb Ogos 2011 hari tu.. kepada wanita-wanita islam di luar sana yang masih keliru dengan aurat ni.. nah korang baca la sendiri.. sekadar untuk berkongsi. peringatan untuk korang dan untuk aku jugak....


Pernah nasihat dan tegur kawan-kawan wanita anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka:-

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.

-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. “Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia”. Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, ” pakai tudung tak mestinya baik..bla…bla…bla…”

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.

Wednesday, 17 August 2011

Selamat Hari Lahir Sahabat ku..

SALAM RAMADHAN UNTUK SEMUA

ok n3 kali ni khas untuk my best friend Mushanafah Muhammad. walaupun ko tak akan baca n3 ni sebab ko pon xtahu aku ada blog yang xseberapa nie.. hehe.. kesempatan ni aku nak wish happy birthday yang ke 23.. dah tua da ko kan? haha (xsedaq diri plak aku ni).

Bila ingt semalam aku rasa lawak sangat.. ketahuilah wahai kawan ku.. aku xpernah sekali pon lupa birthday ko selagi tuhan xtarik daya ingtan aku.. sampai bila2 pon aku ingat birthday ko... aku minta maaf sebab buat mood ko spoil je.. aku bukan lupa tp aku sengaja buat2 lupa birthday ko.. kali nie aku nak jadi org yang terakhir wish kat ko.. tu pon aku da wish terawai dari plan yang aku da buat.. sebab takut terlena.. walaupon hati ni meronta-ronta nak wish awai tapi aku tahan je taw.. haha (ayat xmau kalah tu).

nak tengok x rupe birthday gurl yang konon2 majuk tu.. korang mesti tertanya dalam hati cm ne la rupe nye.. cun sangat ke? haha
ni ha dia...


tadaaa


cun kan.. i like


khas untuk mu sahabat yang kucintaik,

Hanya doa dan ingatan
yang dapat aku coretkan sebagai hadiah...
walaupun cuma di alam maya
tetapi ianya datang
dari hati yang tulus dan ikhlas.

Mudah-mudahan bertambah rezeki
bertambah iman dan taqwa
bertambah ilmu dan amal
bertambah keberkatan umur

Ingatlah sentiasa, setiap kali umur kita bertambah... tempoh usia kita makin berkurang... semakin hampir dengan kematian. Sambutlah ulangtahun kelahiran dengan amal dan taubat.... syukur masih diberi kesempatan untuk bernafas dan masih kekal di dalam iman dan Islam.

Ku doakan buat diri mu sekeluarga kebahagiaan, kejayaan serta kecemerlangan di dunia dan di akhirat..

Amiin ya Rabbal 'Alamin...


nota kaki :: sorry beb aku da curi pic ko kat fb tanpa meminta izin dari mu.. dan aku tahu ko xkan marah nya.. hehe. peace =)

Thursday, 11 August 2011

doa ku ....





Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah

aku pada seseorang yang


melabuhkan cintanya pada-Mu, agar

bertambah kekuatanku untuk


menyembah-Mu, Ya Muhaimin, jika aku

jatuh hati, iZinkanlah aku menyentuh


hati seseorang yang hatinya tertaut padamu, agar tidak terjatuh aku ke

dalam jurang cinta nafsu, Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku

padanya, agar tidak berpaling aku daripada hati-Mu....cinta aku pada yang

Esa!!!!!!....Amin....