Saturday, 17 December 2011

doa mohon kesembuhan daripada sakit


Ya Allah, anugerahkan lah ke atas kami, wahai Tuhan kami penawar kepada penawar Mu, dan kesembuhan daripada kesembuhan Mu, juga keberkatan daripada keberkatan Mu, juga rahmat daripada rahmat Mu, terhadap penderitaan-penderitaan terhadap orang yang sakit, juga mereka yang lemah. sembuhkan lah sembuhkan lah sembuhkan lah dengan rahmat Mu, Ya ALLAH wahai yang paling mengasihani daripada segala yang mengasihani.

amin ya rabbal alamin...




nota kaki :: dah 2 hari demam.. rasa lemah je lagi. :(

Thursday, 15 December 2011

dinner at Marriott Hotel Putrajaya

assalammualaikum kawan-kawan


ok berbalik pada n3 aku sebelum ni.. kan aku ada cita yang office aku buat dinner kan? dinner ni sebenarnya sempena Anugerah PJK Cemerlang. so dinner tu telah berlangsung dengan jayanya.. alhamdullillah. just aku sedih sebab galaxy tab tu bukan jadi milik aku.. oh sungguh tidak bertuah aku nampaknya.. :p hahaha

malam dinner tu temanya adalah smart casual dan mesti mengenakan warna yang telah ditetapkan oren + hitam. wajib menggabungan dua warna tu.. tema MSD la katakan.. bosan seh.. haha so gigih la kami-kami ni cari baju or something yang berwarna oren hitam.. akhirnya jumpa jugak la.. hentam jela janji ada bende nak pakai kan..

malam tu juga semua staff anggun2 dan kacak2 belaka la... sekali sekala buat dinner ni besh jugak.. dapat la mengeratkan silaturrahim antara staff kat office nie kan :) menu untuk dinner tu pulak adalah masakan cina. agak sedap jugak la.. yang agak kureng rasanya adalah nasi goreng . rasa macam tak boleh nak masuk tekak pulak. mungkin jugak masa tu tengah sakit kepala tu yang rasa kureng je tu... overall semua ok la.. lepas acara makan2 tu adalah acara unformal..time ni la yang besh, ada cabutan bertuah! tapi yang penting kat sini aku langsung tak bertuah.. sedih sangat weh.. aku baru berangan nak dapatkan tv.. huhu nasib tidak menyebelahi aku malam tu :(

erm, malam tu jugak ada disampaikan anugerah suka-suka.. haha.. part ni paling lawak main vote2 staff yang bekerja kat HQ ni.. dalam 12 kategori yang dipertandingkan dan aku telah memenangi anugerah "staff paling kecohh" hahaha.. asal la aku tak dapat yang paling cun ke.. best skit. tapi bila pikir2 balik layak kah aku?? verangan je boleh la.. :p erm yang paling super duper kelakarnya pulak disebabkan vote untuk nama aku paling banyak so secara automatiknya aku telah dianugerahkan pulak anugerah staff paling glammer.. sila muntah hijau semua sekarang.. Ya ALLAH, tak tahu nak kata apa.. memang lawak gila... tapi aku berterima kasih la kepada kawan2 yang sudi vote nama aku tu... dorang ni saja nak kene kan aku sebenarnya taw :p tapi tak pela.. nama pon anugerah suka suka kan.. tanpa korang aku tak akan jadi se"Glammer" ini.. hahaha verangan lagi aku.. dalam hati korang mesti berkata poyo giler minah nie. daaannnn untuk pertama kalinya aku telah menyumbangkan suara aku yang sangat merdu ini.. ok sekarang sila muntah pink pulak.. muahahaha.. adoi malu dan malu dan malu sesangat weh.... aku dipaksa rela nanyi.. kejam kan dorang? hehe (jangan marah ha) siap dorang dah pilih lagu untuk aku.. terima kasih :) nasib lagu tu memang lagu selalu aku nyanyi.. dengan perasaan malu malu tapi mahunya aku pon sumbangkan la suara aku yang memang sedia sumbang nie... hari pon dah lewat malam majlis dah habis so semua pon bersurai.. jumpa ditahun depan ok sekiranya ada lagi lah... sampai sini je la cite nya..


si cantik.. :p


sebahagian jelitawan MSD :))


muke bangga mentang2 dapat cabutan bertuah yang bertuah :p & die ni jugak la yang pilihkan lagu untuk aku nyanyi tu .. jahat! :p


acara selingan. dasyat wo dorang berjoget


kad menu


perh sedap nie.. (saja tunjuk tang kepala ikan je)


ayam nyummyy


udang nyum nyum


menu yang ni paling aku suka.. sedap sgt.. rasa macam xcukup je..



~tamat~



nota kaki : layan lagu kesal by ella <3

Wednesday, 14 December 2011

cobaan pertama


hai kawan-kawan

hari isnin baru2 ni aku dengan chik maa merangkap member aku yang aku sayang sangat2 tu alamak terlebih sudah.. :p terlebih rajin.. mentang2 Isnin tu cuti kan kami pon bercadang nak cuba try test nak buat makaroni bakar dan lasagna.. ekceli memang dah plan awal nak buat tapi tak bajet pulak betul2 nak buat.. biasa la agak takut2 juga nak buat ialah cobaan pertama kan.. so pagi tu chik maa ni mesej aku just nak comfirmkan jadi or tak nak buat.. aku pon on je.. so sementara tunggu chik maa sampai aku dengan kelam kabutnya mandi siap2 apa yang patut dan terus pergi ke pasar raya berhampiran untuk beli bahan-bahan yang perlu untuk buat 2 menu nie.. nasib la bahan2 nya agak mudah jugak nak cari..

fisrt, kita orang buat makaroni bakar, senang je.. bahan-bahannya pun agak simple.


makaroni direbus terlebih dahulu



telur



daging/ ayam cincang



bawang besar/ merah dab serbuk kari untuk dibuat pes



sayuran campur



keju parut



susu



cara-caranya pulak...

1. tumis bawang besar/merah tadi dengan marjerin. agak2 dah bau harum tu masukan daging cincang dan pes kari tadi.. tumis la sampai daging tu tak liat ok? then baru la masuk sayuran campur.



2. pukul telor sampai kembang



3. gaul sebatikan telur, susu, bahan tumis ke dalam bekas. tabur keju parut di atas permukaan makaroni tersebut. kemudian boleh bakar..

mudah kan???



tadaaa.. ni la hasilnya...




selamat mencuba :)))


p/s :: nanti aku cite pasai lasagna pulak ya.. tunggu~~~


nota kaki : alhamdulillah cubaan pertama yang menjadi.. lepas ni baru yakin nak buat lagi.. :)

Thursday, 8 December 2011

teka - teki

hai kawan-kawan

jom main teka-teki nak? ekceli office kat tempat aku kerja nak buat dinner sempena anugerah cemerlang PJK so kami di HQ ni pon join la sekaki.. dah dijemputkan pergi jela.. bak kata orang rezeki jangan ditolak musuh pula jangan dicari.. ye dok? hehe (padahal bab2 makan ni laju je aku) hehe..

so sempena nak ada dinner nie.. bos aku buat la teka-teki sikit.. eh , sebelum tu korang pernah tengok kan ade peraduan teka kacang dalam balang kan?? lebih kurang macam tu la bos aku buat tapi bos aku tukarkan kacang kepada makaroni.. yang best nya hadiah yang ditawarkan kepada pemenang yang dapat jawab dengan tepat atau hampir tepat adalah.. jeng jeng jeng bagi suspen sikit.. adalah.....


SAMSUNG GALAXY TAB 8.9.. macam ni la rupanya.. korang ada?? aku tak da.. hehe


hahaha tu yang print punya.. kalau nak tengok dengan jelas search je google image ok?


so ramai la yang datang nak menjawabnya.. yang lagi bestnya tak kisah berapa kali nak teka tak ada limit... teka la sampai lebam... perh... sapa la yang dapat jawab dengan tepat kan? adakah aku orangnya??? harap-harap la kan.. kalau ada rezeki adalah.. aku tak la berharap sangat.. just for fun je :) tapi kalau dah dapat tu kira untong la mak jemah.. :p sambil pejam mata dok bayangkan galaxy tab tu jadi milik aku.. wah bahagianya.. (berangan pulak mak jemah) heeheehehee

so kawan-kawan ku sekalian meh tolong aku teka berapa la agaknya bilangan makaroni dalam balang nie? hint nya.. anggaran bilangan dalam 1500 ke 3000 biji..



??????




nota kaki : milik siapakah samsung galaxy tab 8.9 itu?

Tuesday, 6 December 2011

TAHUKAH ANDA..


tahukah anda Doa duduk antara Sujud yang kita selalu baca semasa solat tu?




dan

tahukah anda apa maksudnya??

meh sini kite kongsi sama-sama apa maksud setiap ayat yang kite baca tu...


Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)

Warhamni (sayangi aku)

Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)

Warfa’nii (Angkatlah darjatku)

Warzuqnii (Berilah aku rezeki)

Wahdinii (Berilah aku petunjuk)

Wa’Aafinii (Sihatkan aku)

Wa’fuannii (Maafkan aku)


ok sekarang ni kita da tahu apa maksudnya, so harap lepas ni kita semua dapat la baca , sujud dan toma'ninah tu dengan betul barulah solat tu sempurna di mata ALLAH swt.. insy'ALLAH




nota kaki : Renung2 kan, selamat beramal.... :)

Monday, 5 December 2011

"Monday bluess"


Salam 9 muharram semua....


Korang puasa tak tadi? aku puasa.. eh perlu ke nak bagitahu kan? hehe tak kisah la saja nak berkongsi cerita je.. tak gitu kawan-kawan? so semua orang tahu hari ini adalah hari Isnin, dan hari Isnin jugak adalah hari pertama bekerja bagi sesiapa yang bekerja dan hari pertama juga pada pelajar-pelajar yang nak ke class setelah sabtu dan ahad cuti dengan puas dan pulasnya.. puas la sangat kan? kalau cuti seminggu keje dua hari je best jugak kan kan kan? sapa setuju? sila angkat jari ibu kaki anda.. :p just joke.. tapi yang peliknya aku tak pernah rasa semangat nak bekerja bila tibanya hari Isnin nie..bak kata orang "Monday bluesss" je rasanya.. buat kerja macam dipaksa padahal tak buat pun.. hehe sepatutnya hari pertama bekerja mesti la happy, gembira, ceria, semangat dan sebagainya lah tapi apa yang aku rasa sebaliknya.. aku rasa malas, tak semangat, tak ada mood, ah semua rasa ada weh...ermm aku rasa hari Isnin ni la hari yang sangat menguji tahap keteguhan hati manusia.. subahanallah... macam mana lah ALLAH tu nak bagi rezeki kat kite kan? dah semuanya malas sepatutnya kita kena kuatkan iman cekalkan hati buat kerja pun mesti la kena ikhlas baru la ALLAH sayang kita.. :)



nota kaki : aku dah megantuk tidoq dulu beb..nite!

Sunday, 4 December 2011

betapa aku rindu....


salam buat sahabat yang aku sayangai..


Terasa sepi seisi ruang.. lihat jam di dinding dah hampir pukul 3 pagi.... masuk bilik perlahan2 tutup pintu bilik terus rebahkan diri kat katil... mata ni dok terkedip-kedip je lelap nya tak pon.. tiba-tiba teringat memori lama bersama seorang sahabat yang pernah aku sayang, sehingga sampai detik ini .. hurmm terus laptop ni dibuka dan mula la jejari ni menari-nari kat key board.. tak tahu nak mula macam mana.. tapi yang sebenarnya aku benar-benar rindu akan dia..... dia seorang sahabat yang baik, perangai pun gile-gile macam aku dan sangat membahagiakanlah dapat kawan macam dia.. tapi lama kelamaan hubungan ni macam jauh jauh dan jauh, tak tahu apa puncanya....pernah jugakla sampai termimpi2 dibuatnya...terdetik juga dalam hati ni.. kawan aku ni ada masalah ke? yela kata orang kadang-kadang mimpi tu bagi kita pentanda kan? tapi aku harap sangat dia ok.. aku kekadang teringin nak tanya khabar tapi still tak tertanya-tanya... egokah aku?? aku harap dia sihat dan yang penting dia still ingat kat aku.. sepertimana aku teringat kat dia.. cewah.. aku doakan semoga pekenalan ini akan pulih dan kekal seperti sedia kala... miss u so much friend.... <3



p/s : gambar sekadar hiasan




nota kaki: layan lagu "kawan" by ruhil..

Saturday, 3 December 2011

may ALLAH bless you, adik!


salam semua..


hari ini 3 Disember 2011 bersamaan dengan hari Sabtu genap la usia adik aku 20 tahun.. yeay!! umur beliau dah cecah ke angka puluh-puluh tak ada belas-belas lagi ya... usah ko berangan nak sentiasa muda adik ... bluekk :p

So sempena hari lahir beliau ni.. (beliau la sangat) akak ko ni tak ada hadiah nak bagi.. akak just boleh bagi kasih sayang yang tak terhingga je untuk ko.. cewah.. disebabkan ko balik rumah minggu ni so aku masak kan special untuk ko..harap ko suka :p akak ko ni tahu walau ko kata tak sedap tak sedap tapi tahap ketambahan nasi tu aku dah tahu yang aku masak sedap kan kan kan? haha jangan tipu.. tipu dosa tuhan marah.. hehe

Nak tahu aku masak apa? tak la special and sesesedap mana tapi aku masak ni dengan penuh ikhlas so makanan tak sedap pon jadi sedap taw.. ok muntah semua sekarang, hehehe.... adoi melalut pulak aku.. ok la ekceli aku masak nasi tomato je..


tadaaaa.........


macam ni la lebih kurang rupanya...



~happy birthday adik ku yang domok~



nota kaki : akak sayang adik <3

Tuesday, 29 November 2011

aku tetap aku



aku tetap TERTAWA walau aku sebenarnya ingin MENANGIS..

aku tetap TERSENYUM walau aku sebenarnya KECEWA..

aku tetap KUAT walau aku sebenarnya SUDAH TIDAK SANGGUP lagi..

aku tetap SEMANGAT walau aku TERTEKAN dengan masalah..

aku tetap SUKA walau aku MENYAMPAH..

aku tetap CERIA walau hakikatnya hatiku ini sedang TERLUKA..

aku tetap SAYANG walau aku rasa ada sedikit BENCI....

aku tetap SABAR walau aku rasa aku xsabar mana pon...

aku tetap pandang semuanya baik walau sebenarnya hatiku LEMAH

dan yang penting

aku tetap aku...





nota kaki : segalanya ku terima.. :)

Saturday, 26 November 2011

my BFF wedding


hai pagi semua..

awal-awal pagi dah online aku ni.. selalunya time2 cuti ni lepas subuh aku tidoq balik tapi hari ni terasa segar pulak mata ni. tu yang terus wat senaman pagi iaitu dengan mencapai laptop dan menari-narikan jejari tembam ini ke key-board laptop ni, ber-online la sampai lebam na :p

ok meh nak cerita sabtu lepas bersamaan dengan 19.11.2011 ialah hari yang sangat bermakna untuk aku.. eh bukan aku la tapi untuk salah satu my BFF in da world Khairunnisa Yunus.. dengan 2 kali lafaz my bff dah jadi bini orang.. sob..sob... sedih nya aku dah tak tempat nak bermanja.. huhu.. cewah acah mak labu je.. sedih ekceli tapi dalam masa yang sama aku happy akhirnya mereka sah jadi suami isteri. aku pulak rasa macam tak percaya dah kahwin dah kawan aku sorang nie.. tahniah nisa & helmi.. selamat menjalani kehidupan sebagai isteri...

ni aku selitkan sikit gambar2 dorang.. moh layan~~


bahagian pertama (pic ni semua time nak akad nikah)



ni pix sebelum akad nikah.. posing2 dulu..



wat muke cute.. tp mesti tgh nebes mase nie kan? cewah



tudiaaa.. En. Helmi



muke cuak da.. hehe



yeay!! dah sah dah..... :p



harus la pic ai ngan pengantin ade kan? :p



bahagian kedua (time bersanding)



wajib posing2 dulu


cantik cun lawa .. aku suke sgt <3


segak bergaya mutu keunggulan hehe


nampak klasik kan?


tengok pelaminnya simple but nice taw.. aku suka lagi..


sejoli gitu...

p/s dari penaja : entry ni dah lama sebenarnya tersimpan kat draft,, just xterpublish2... now baru nak publishkan..SELAMAT PENGANTIN BARU, eh baru apa dah basi dah.. hehe... (jangan marah pengantin nanti muke cepat bekedut :p)



~tamat~




nota kaki : semoga kalian bahagia sampai bila-bila... <3

Thursday, 24 November 2011

alasan mu





kalau rasa tak ikhlas tak payah bagi tahu..




bukan nak serkap jarang tapi hati nie kuat mengatakan ia hanya sekadar alasan..






nota kaki : terima kasih :)

Lewat


hai semua..


erm.. agak kesepian melanda diri ini.. dan dilewat-lewat malam ni, tiba-tiba terfikir banyak benda yang belum aku lewati dalam kehidupan ini.. bulan berganti bulan hari pula bersilih ganti.. Ya Allah cepat benar masa berlalu... aku harap aku masih mampu untuk teruskan kehidupan di dunia ini supaya aku dapat bawa bekalan secukupnya ke akhirat satu hari kelak.. insyaALLAH... sesungguhnya aku ini manusia yang banyak melakukan kesilapan di muka bumi ALLAH ini... terasa kecilnya aku berbanding alam ciptaan MU ini.... (walau hakikatnya aku ni besaq) hehe


allahu akbar...



nota kaki : aku hanya cinta kepada MU.. Ya 4JJI

Wednesday, 23 November 2011

Go Malaysia Go!


salam semua..

rasa berdebar pulak.. malam ni ada bola Malaysia vs Syria ni sempena kelayakan ke olimpik if tak silap la.. .. harap-harap player malaysia dapat la jaringkan gol sebanyak yang boleh.. dan yang penting MESTI kene menang.... time sukan sea , Malaysia dah dapat pertahankan pingat Emas dorang.. perhhh sangat happy wo..... so harap malam ni pon dorang boleh menang.. cayok! cayok! MALAYSIA.. aku akan sentiasa sokong korang... muahhh.. haha (gatai)




nota kaki : gudluck harimau muda!!

Saturday, 5 November 2011

4JJI selamat kan kamu


hai kekawan

Today 5th November 2011 is the brithday of the cute friend in the world.. cewah....


tadaaaa....

~birthday girl~

meh nak nyanyi skit


ALLAH selamatkan kamu.........
ALLAH selamatkan kamu...............
ALLAH selamatkan farah norashikin.....
ALLAH selamatkan kamu...........................


Selamat Hari Lahir Ekin..
sweet 19.... (berangan)
kau dah tua.. hahaha
dah sama umur dengan aku... hehe
aku doakan semoga ko berjaya di dunia dan di akhirat kelak...
aku sayang kau... <3


abaikan muke yg comot itu




nota kaki : selamat menyambut aidiladha esok .....

Friday, 4 November 2011

perlukah menangis?






Pernahkah anda menangis?

Jika menangis, apakah punca dan sebabnya?


Menangis adalah fitrah manusia tetapi sebab tangisan akan memberikan harga dan nilai tersendiri.

Allah yang menciptakan ketawa dan tangis, malah menciptakan sebab tercetusnya tangisan.

Banyak air mata mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata, mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi.

Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering. Ia berlaku setiap hari
tanpa putus-putus. Seperti sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti! Kalaulah air mata itu terkepung, seperti air hujan, banjirlah dunia ini.

Menurut Ibnul Qayyim ada beberapa jenis tangisan antaranya ialah:

# Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.

# Menangis kerana rasa takut.

# Menangis kerana cinta.

# Menangis kerana gembira.

# Menangis kerana menghadapi penderitaan.

# Menangis kerana terlalu sedih.

# Menangis kerana terasa hina dan lemah.

# Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.

# Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.

# Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

Ada jenis tangisan nampak biasa sahaja tetapi air mata yang mengalir itu dapat memadamkan api neraka.

Ini disahkan oleh Nabi s.a.w dalam satu hadis, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka.

Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatu pun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”

Tangisan yang dimaksudkan ialah tangisan kerana takut kepada Allah. Menangis kerana menyesal atas kesalahan dan dosa, malah tangisan takut kepada azab Allah sangat bernilai di sisi-Nya sehingga air mata itu boleh memadamkan api neraka.

Salman al-Farisi r.a berkata, sahabat-sahabatku menangis atas tiga perkara, iaitu:

# Berpisah dengan Rasulullah dan kalangan sahabat.

# Ketakutan seorang yang perkasa ketika melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.

# Aku tidak tahu sama ada aku akan diperintahkan untuk ke syurga atau neraka.

Ada juga jenis air mata yang tidak bernilai di sisi Allah, malah kadangkala mendapat kemurkaan Allah. Antaranya menangis tengok filem Hindi serta menangis sehingga meratap dan memukul badan, malah merobek pakaian apabila ada kematian.

Tanda air mata rahmat sebagaimana diterangkan Rasulullah s.a.w dalam sabda yang bermaksud: “Jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah tiga perkara, iaitu.

# Apabila dahinya berpeluh.

# Air matanya berlinang.

# Hidungnya keluar cecair.

Simpanlah air mata tangisan itu semua sebagai bekalan untuk menginsafi segala kecuaian yang melanda diri, segala dosa berbentuk bintik hitam yang menggelapkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah s.w.t.

Justeru, serulah air mata itu dari persembunyiannya di sebalik kelopak mata, agar ia menitis, membasahi dan mencuci hati, sehingga ia putih kembali dan semoga ia dapat meleburkan dosa dan mendapat keampunan-Nya.



Wednesday, 2 November 2011

Kalau



kalau menebang kalau menebang si pohon jati... lalalala~~~ tapi bukan itu sebenarnya yang hendak disampaikan <<<< hanya sekadar iklan semata-mata . hehe~~



kalau la aku tahu....






TAPI





mungkin masih sempat ubah fikiran......




Ya ALLAH bantulah aku untuk membuat keputusan. aku tak mahu nampak gembira diluar tapi di dalam hati ni jawapan sebaliknya....





nota kaki : gigih memikir

Tuesday, 1 November 2011

tak suka!


aku tak suka!


tak suka!


tak suka!


dah aku kata aku tak suka!!


tolong jangan tanya benda yang aku tak suka nak jawab


dan korang sendiri boleh nampak jawapannya


jangan bagi mood yang baik ni berubah jadi tak baik


sebab aku tak suka keadaan yang macam nie..


ya ALLAH ampunkan aku.. sesungguhnya hari ini, aku tidak ikhlas memberi senyuman kepada semua, semua dan semua...



nota kaki : Ketabahan memerlukan keyakinan :)

Goodbye October and say hello to November


salam kekawan yang disayangi....


Time type n3 nie sempat mata aku ni melirik ke arah jam, aku tengok jarum jam hampir menunjukkan ke angka 12 tengah malam... kiranye dah nak masuk bulan November la kan? sambil menaip ni sambil dengor lagu percintaan ini by Ezad.. syahdu la lagu ni... layan perasaan jap.. lagi2 bunyi air hujan yang turun ke bumi lagi la syahdu rasanya... erm,, sejak menjak ni suka sangat nak layan perasaan.. lepas tu mula la nak sedih2.. eeee tak suka tak suka tak suka taw.... huhu

n3 kali ni bukan nak cite pasal perasaan tapi nak cite pasal bulan NOVEMBER.. hah ada apa pulak dengan bulan ni??? bulan ni adalah musim orang mengawan.. eh eh tak tak... hehe tibe2 rase nak nyanyi lagu ni.. kompang dipalu pengantin malu.. ewah.. ekceli musim perkahwinan la, musim orang kahwin la maknanya kan?? budak2 sekolah pon dah nak start cuti kan, so kencang la orang buat kenduri kahwin sana sini situ sinun.. untuk bulan nie je ramai gile member2 yang menjemput ke majlis dorang... nak dengan tak je pergi... terima kasih kat kawan2 yang sudi menjemput aku ya... <3

Okey dikesempatan ini, izinkan aku nak ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU in advance kepada sahabat2 yang akan mendirikan rumahtangga dan yang paling istimewa kepada dua sahabat baik aku, Nisa dan Liza... Selamat menempuh alam rumahtangga. Semoga dapat menjadi pasangan bahagia di dunia dan di akhirat serta dirahmati ALLAH selalu. Semoga mendapat zuriat yang soleh/solehah. Semoga semuanya baik2 lah.. :)

Kepada liza >>> aku minta maaf sebab tak dapat nak attend majlis kahwin ko... ko pon tahu sebab apa kan?? aku sedih beb T_T. mungkin tak de rezeki aku nak tengok ko time cantik2 tu.. hehe.. nanti aku post hadiah je ye... sorry again liza.. aku sayang kamoo.. <3








nota kaki : aku bile lagi?????

Monday, 31 October 2011

sepi


mata masih lagi segar walaupun jam dah menunjukan hampir pukul 2 pagi .. macam tak boleh nak lena je.. mungkin siang tadi dah banyak tidoq.. bila dah tak boleh nak tidoq mula la otak ni memainkan peranan.. dan tiba-tiba hati mula la rasa gelisah, sedih, happy, kecewa , keliru, buntu, cemburu arghhh senang cite lengkap lah semua ada.. tapi yang sebetulnya tahukah anda? disebalik bibir yang sentiasa mengukir senyuman manis ini (eh manis kah?) tersembunyi rasa sepi.. malas nak cakap bebanyak.. moh layan hati yang sepi ini dengan video klip nie.. zaassss ................


Sepi hati terjadi lagi
Mungkin sampai mati aku sepi
Biar senyum hadir di hariku
namun ini hanya ada di bibir
di bibir saja

Aku ini yang bisa mengerti
walaupun yang lain mau mengerti
Namun berat beban hidupku
biarkan saja
Biar saja hanya ku yang tahu

Sejarah cinta dan hidupku
penuh duri dan banyak ranjau
Butuh kesabaran yang penuh
untuk tetap ku berdiri

Oh.. ada saatnya ku bicara
bila hatiku telah bulat
Sepanjang ku bisa atasi semua
aku tetap diam

Woo.. sejarah cinta dan hidupku
penuh duri dan banyak ranjau
butuh kesabaran yang penuh
untuk tetap ku berdiri

Oh.. ada saatnya ku bicara
bila hatiku telah bulat
Sepanjang ku bisa atasi semua
aku tetap diam



video




nota kaki: dok layan perasaan yang perasan nie jap ;(

Sunday, 30 October 2011

pre wedding


salam kekawan..


Dah lama tak berjumpa rindu rasa hati.. wah menyanyi pulak da... hehe~~ rasa dah lama tak karang sesuatu kat belog nie.. terasa rindu nak menaip panjang-panjang.. cewah.. sejak menjak ni jiwa kacau la.. tu yang n3 nak sedih je.. hehe~~ sekarang ni walaupun hati masih kurang elok tapi terasa nak jugak update belog ni.. dan sebenarnya (dah macam tajuk lagu yuna la pulak) rindu la kat korang semua... <3

Okey, meh nak cite semalam aku pergi fotoshoot untuk pre wedding kat Bagan Lalang.. tapi ekceli bukan aku la haha... ni ha bakal pengantinnya my BFF Nisa dan tunangnya Helmi serta camerawoman Aina n her friend Timah ...bakal pengantin teringin nak snap kat tepi pantai ala-ala romantik gitu temanya katanya lah... kami gerak dalam pukul 9 pagi macam tu dan sampai dalam sejam lepas tu.. sampai2 je terus aku berkata"wahhh" (dalam hati la) kenapa??? sebab cuaca sangat baik... panas terik wok tapi kat tepi pantai kan so terasa la angin sepoi2 bahasa gitu.. perh ayat nak kencang je.. hehe sampai je kami terus cari port baik punya nak ambik gambo.. semua berjalan dengan lancar just bakal pengantin agak malu2 skit nak posing... (malu2 konon) mungkin juga dorang tak berapa reti nak posing2 nie.. kalau amek pic suke2 tu lain la kan.. ni untuk pre wedding mesti la nak cantik2 kan posenya? tapi overall semua ok la... mula2 je nampak kaku dan malu2 lepas tu bakal pengantin terus jadi tak tahu malu, eh tak lah.. tipu je tu (maaf bakal pengantin) gurau-gurau manja je... ~hahaha~

Dalam kol 1 tengahari macam tu kami dah otw pergi cari makan lapar weh... yang sedihnya sepanjang jalan tu semua kedai makan cina je.. tekanan betoi.. tapi dapat la jumpa jugak kedai makan melayu.. jadilah buat alas perut.. banyak tenaga nak guna nie.. lepas makan semua, kami gerak pergi taman botani putrajaya.. cuaca time ni sat macam nak hujan sat kang panas... xpe, yang penting memang tak hujan... so boleh la teruskan misi menyenap gambo... klik sana klik sini snap sana snap sini .. menarik dan terasa tertarik hati nak bergambo macam tu jugak.. haha ngade2 ler pulak aku nie.. ok da puas hati, pergi pulak ke masjid merah putrajaya snap pic kat taman bawah tu.. sambil tiup2 bubble.. sweet je.. ekceli aku pon posing2 sakan jugak.. nak jugak bergambo dengan camera cantik.. gedik tak ? hahaha~~ ade aku kesah? :p

cuaca pon dah makin terik, muke pon mule terasa panas je, kami pon pulang.... terima kasih Nisa sebab bawak aku sekali.. seronok dan beronok-ronok rasa hati <3 nanti time aku, ko WAJIB kene ikut taw.. haha~ bile la agak nya ya? :p



bakal pegantin november 2011 nanti



bakal pengantin 2012.pasangannya mana? rahsia. haha



*** xde pic nak upload semua kat camera dorang.. so tunggu la kalau dah dapat nanti aku upload pic ya..




nota kaki : muke ku berbelang-belang macam panda.. hehe

Wednesday, 26 October 2011

nak hati baru?



" Carilah hatimu sewaktu membaca al Quran, jika kau tidak temui, maka carilah hatimu semasa mengerjakan solat... seandainya tidak temui juga, carilah hatimu ketika bertafakur mengingati mati, jika tetap gagal menemuinya... berdoalah pada ALLAH pintalah hati yang baru "






nota kaki: nak hati baru :(

Monday, 10 October 2011

Dari.........






Dari titisan airmata kita belajar MENGERTI
Dari rasa khuatir kita belajar PERCAYA
Dari rasa kehilangan kita belajar MENGHARGAI
Dari rasa bersalah kita belajar MEMAAFKAN
Dari sebuah harapan kita belajar BERJUANG
Dari sebuah perjuangan kita belajar BERKORBAN
Dari sebuah pengorbanan kita belajar KETULUSAN

nota kaki : ......... :(

Thursday, 6 October 2011

Kekadang



kekadang ... bila berbicara soal "itu" hati aku jadi runsing tiba-tiba

kekadang ... bila aku teringat akan "itu" perasaan ini tiba-tiba rasa nak marah

kekadang ... bila aku aku nak suarakan mengenai "itu" aku jadi serbe salah

kekadang ... bila aku rasa xsanggaup nak pikir pasal "itu" aku jadi stress

kekadang ... aku terpikir sampai bila aku boleh bertahan disebabkan "itu"





Dan.......................




ada ketika aku macam berat hati nak tinggalkan, ada ketika pulak aku macam dah xboleh nak tahan sangat.....apa harus aku lakukan??? adakah dengan hanya sekadar bersabar dan terus tabahkan hati atau aku perlu bertindak??? YA ALLAH, apakah hikmah disebalik semua ini??? berikanlah aku kekuatan untuk terus tabah mengharungi segala
gelombang hidup dan aku yakin pastinya ada yang tersirat disebalik semua yang berlaku.......











nota kaki : aku masih sedih & buntu. :(

Wednesday, 5 October 2011

malang tak berbau



mood : nak nanes jap.... T_T

ermm... betul la bak kata pepatah melayu "malang tidak berbau" sedihnya la rasa hati ini... semalam aku terjatuh kat toilet office, sakit punggung dan pinggang aku ni.... lantai toilet tu lincin sangat.... tak sempat nak tahan dah terjatuh (macam cempedak busuk da rupenye)... entah bila la nak hilang sakit nie.. lepas satu, satu yang jadi.... :(





nota kaki : sedih :(

Sunday, 2 October 2011

Senam aerobik


salam kekawan semua..


pagi tadi aku, kak nili, kak lela dan eja pegi aerobik kat dataran shah alam.. wah macam besh je bunyi kan.? boleh ke jadi kurus dengan bersenam aerobik nie? ha tu la korang... kalo rajin memang leh turun berat badan nie.. selain tu bersenam ni dapat la menyihatkan tubuh badan & dapat menambahkan stamina.. wah gaya dah macam atlit sukan angkat berat je.. hahaha

yang join tadi banyak terdiri daripada golongan makcik2 dan pakcik2 memang semangat abis dorang.. kalah yang muda mudi nie, rasa sembut je tadi, biasa la selalu sangat bersenam.. ada la dalam 45 minit tadi bergoyang2 badan nie.. perh memang penat.. abis kuaq semua peluh2 jantan.. (eh jantan kah aku?) lepas je abis senam robik kami begerak-gerak khas menuju ke destinasi seterusnya.. mencari MAKANAN di paso tani shah alam... yihakkkk! ni la perkara terbaek punya.......... BYE!



depan ni la kami bersnam robik



peace



misi mencari makanan bermula :p




nota kaki : dok timbang berat td.. tp xturun pong.. hahaha